~Pendarahan di awal kehamilan~
Hari ini, setelah mengambil masa hampir dua minggu mencari maklumat dari doktor dan laman web kawan-kawan blog, aku hanya mampu berdoa, agar Allah S.W.T memudahkan tempoh kehamilan kali ini, doaku mudahan kandungan ini dapat membesar dengan sempurna dan sihat. Izinkan zuriat dalam rahimku bertahan untuk 34 minggu yang mendatang.
Pendarahan bermula bila kandunganku disah berusia 6 minggu.
Ahad, 20 Oktober 2013/ 5.52 petang
Tiada degupan jantung yang kedengaran, hanya tiitk hitam, bulat, dah comel yang dipaparkan dalam skrin monitor. Ini seperti yang dimaklumkan oleh doktor kedua. Doktor bagi aku tempoh dalam masa 2 minggu untuk lihat perkembangan, Aku.. sebagai ibu, aku sentiasa berdoa, izinkan zuriatku membesar dengan selamat ya Allah.. sejuk dengar nasihat doktor, katanya "saya bukan peramal tepat, hanya seorang doktor yang diberi Allah ilmu untuk membantu pesakit, kita serahkan pada Allah katanya, Allah itu adil, jika benar rezeki puan, InsyaAllah ada lah dia."Aku bukan bermaksud menidakkan kredibiliti doktor yang pertama, tapi aku rasa tak salah untuk ku mencari pendapat kedua..
Khamis, 10 Oktober 2013 / 3.00 petang
Tujuanku sebenarnya hanya untuk memastikan benar atau tidak ada nya dia.. namun segala jadi pelik dan keliru.. doktor pertama dengan yakin mengatakan "itu bukan zygote, sebab bentuk nya tak bulat.. macam taugey..dan kalau ada bleeding dalam tempoh dua minggu ini, haid la tue.."Dan aku...rasa macam dihempap dengan kayu dibahagian dada.. sesak, sedih... Doktor ini juga berikan aku tempoh dua minggu, maknanya ulangan untuk scan hari Khamis, 24/10/13 ni... Aku keliru kerana.. bila aku buat ujian air kencing, dua kali pertama, memang negative.. TAPI hati ku kata macam ada.. aku buat ulangan seminggu kemudian.. positif.. x puas hati, aku ulang balik, entah kali keberapa aku cuba tetap positif sehingga hari pendarahan berlaku.. TETAP POSITIVE... panik kejap. Kenapa pelik sangat, padahal ini bukan kali pertama aku mengandung. Ini yang ketiga...
"Ya Allah... jika benar ini rezeki ku, izinkan dia membesar dalam rahimku dengan sempurna, izinkan aku untuk menatap wajahnya, izinkan aku menyusukan nya, izinkan aku menjaga nya, izinkan aku untuk mendodoinya...Amin... Aku nampak garang tapi aku tak kuat, aku cengeng..padahal aku cuma menulis pun, air mata mengalir...