Isnin, 28 April 2014

Puisi Terakhir Imam Syafie



Puisi terakhir Imam Syafie ini dialunkan tatkala Imam Muzani menziarahi beliau diwaktu beliau sedang sakit tenat.


Puisi Terakhir Imam Syafie

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu




فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)



عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan



و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka
فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu



يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar



فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

Credit to: Original from Relex Minda FB Page

Selasa, 22 Oktober 2013

Salam semua..
~Pendarahan di awal kehamilan~


Hari ini, setelah mengambil masa hampir dua minggu mencari maklumat dari doktor dan laman web kawan-kawan blog, aku hanya mampu berdoa, agar Allah S.W.T memudahkan tempoh kehamilan kali ini, doaku mudahan kandungan ini dapat membesar dengan sempurna dan sihat. Izinkan zuriat dalam rahimku bertahan untuk 34 minggu yang mendatang.

Pendarahan bermula bila kandunganku disah berusia 6 minggu.

Ahad, 20 Oktober 2013/ 5.52 petang

Tiada degupan jantung yang kedengaran, hanya tiitk hitam, bulat, dah comel yang dipaparkan dalam skrin monitor. Ini seperti yang dimaklumkan oleh doktor kedua. Doktor bagi aku tempoh dalam masa 2 minggu untuk lihat perkembangan, Aku.. sebagai ibu, aku sentiasa berdoa, izinkan zuriatku membesar dengan selamat ya Allah.. sejuk dengar nasihat doktor, katanya "saya bukan peramal tepat, hanya seorang doktor yang diberi Allah ilmu untuk membantu pesakit, kita serahkan pada Allah katanya, Allah itu adil, jika benar rezeki puan, InsyaAllah ada lah dia."

Aku bukan bermaksud menidakkan kredibiliti doktor yang pertama, tapi aku rasa tak salah untuk ku mencari pendapat kedua..

Khamis, 10 Oktober 2013 / 3.00 petang

Tujuanku sebenarnya hanya untuk memastikan benar atau tidak ada nya dia.. namun segala jadi pelik dan keliru.. doktor pertama dengan yakin mengatakan "itu bukan zygote, sebab bentuk nya tak bulat.. macam taugey..dan kalau ada bleeding dalam tempoh dua minggu ini, haid la tue.."

Dan aku...rasa macam dihempap dengan kayu dibahagian dada.. sesak, sedih... Doktor ini juga berikan aku tempoh dua minggu, maknanya ulangan untuk scan hari Khamis, 24/10/13 ni... Aku keliru kerana.. bila aku buat ujian air kencing, dua kali pertama, memang negative.. TAPI hati ku kata macam ada.. aku buat ulangan seminggu kemudian.. positif.. x puas hati, aku ulang balik, entah kali keberapa aku cuba tetap positif sehingga hari pendarahan berlaku.. TETAP POSITIVE... panik kejap. Kenapa pelik sangat, padahal ini bukan kali pertama aku mengandung. Ini yang ketiga...

"Ya Allah... jika benar ini rezeki ku, izinkan dia membesar dalam rahimku dengan sempurna, izinkan aku untuk menatap wajahnya, izinkan aku menyusukan nya, izinkan aku menjaga nya, izinkan aku untuk mendodoinya...Amin... Aku nampak garang tapi aku tak kuat, aku cengeng..padahal aku cuma menulis pun, air mata mengalir...




Selasa, 15 Oktober 2013

Hari ini.. setelah sekian lama, aku baru mencuba
Hari ini..setelah sekian lama, baru ku tahu.. tak susah sebenarnya
Hari ini..setelah sekian lama, baru aku sedar..tidak kan berhasil jika tidak berani mencuba
Hari ini..setelah sekian lama, baru aku berani untuk mencabar diri..
dah hasilnya hari ini.. aku bahagia..alhamdulillah.. :)

Hidup, kalau tidak berani dicabar dalam sehari, rugi sebenarnya sebab kita tidak akan percaya akan akhiran yang mampu untuk kita beri pada diri sendiri..

Ini catatan permulaan hidupku. Aku bukan penulis handal, tapi sesekala aku teringin untuk bercerita pada dunia..biarpun aku tahu tidak semua yang membaca.. tidak mengapa.. kerana AKU TETAP BAHAGIA..